air mata cinta

July 9, 2007 at 12:32 am (cerpen)


Semenjak aku bekerja sebagai guru ni, aku cukup risau mendengar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa tu. Jawatan ni pun hanya sebagai guru sandaran sahaja setelah aku beberapa bulan menjadi penganggur terhormat dengan memegang ijazah dari UPM. Itu pun setelah aku dah mula jenuh mendengar leteran abah dan rungut ibu kerana mereka kata aku ni memilih kerja sangat. Dah tak tahan rasanya, nasib baiklah aku ada kawan lama yang bekerja di Pejabat Pendidikan Daerah yang membuka tawaran pengambilan guru sandaran. Jadi, peluang untuk mengelakkan diri dari terus menjadi bahan rungutan ini tidak kulepaskan begitu sahaja.

Sememangnya aku tahu bahawa diri aku ni tidak layak untuk menjadi pendidik, tapi apa boleh buat. Sudah keadaan yang memaksa aku untuk melupakan ketidakbolehanku itu. Borang permohonan aku isi ala kadar aje, tidak mengharapkan sangat. Tapi bila dah rezeki itu telah ditentukan milik kita, dan ia memang benar akan menjadi milik kita tanpa kita sangka sekalipun. Aku menerima surat jawapan dengan perasaan berbelah bagi juga sebab aku takut nanti aku tak mampu untuk menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan atas bahuku ini. Namun, abah dan ibu mula tersenyum mendapat berita itu kerana mereka tahu anak gadis mereka ini memang boleh memikul amanah itu.

“ Ah, mereka tidak tahu keadaan aku sebenarnya!” Bisik hati kecilku. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya surat jawapan itu akan menyelamatkan aku untuk seketika. Namun aku sendiri pun tidak tahu setakat mana ia mampu menyelamatkan aku.

Aku ada mendengar desas–desus dari adik-adik yang mengatakan bahawa ada orang telah datang merisik aku. Terkejut gila aku dibuatnya. Aku masih belum memikirkan lagi untuk menjadi isteri, suri rumah tangga apatah lagi ibu. Lagipun aku masih belum bersedia untuk memasuki alam rumah tangga. Harap-harap, tawaran guru ini akan membantu menyelamatkan aku yang dalam keadaan genting dan kritikal ini. Sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk menolak pinangan sesiapa sahaja dengan mengatakan bahawa aku ingin menumpukan perhatian pada kerjaku terlebih dahulu untuk mencari pengalaman. Lagipun aku tahu perangai abah dan ibu yang tidak pernah memaksa aku untuk memenuhi kehendak mereka. *****a harapan mereka itu yang akan membuatkan aku jadi serba salah untuk tidak memenuhinya.

“Bila angah nak lapor diri?” Tanya abah sewaktu kami sedang makan malam. Makan malam bersama-sama merupakan perkara penting dalam keluargaku. Sebab itulah hubungan kami bertambah mesra.

“Minggu depan bah.” Aku telah diarahkan untuk melaporkan diri di Sekolah Menengah Agama Falahiah di Pasir Pekan, Kelantan. Itulah sebuah negeri yang tidak pernah kujejaki sepanjang hidupku hingga kini. Namun aku akan memecahkan rekod itu minggu depan.

“Angah nak abah hantarkan ke?” Memang aku dah jangka abah akan menawarkan pertolongannya itu. Abah tidak pernah membiarkan aku kesusahan keseorangan tanpa bantuannya sampailah aku dah besar panjang dan keluar universiti begini. Abah seorang yang cukup penyayang pada kami anak-anaknya. Dia selalu memanjakan kami dalam lingkungan batas-batas tertentu.

“Tak payahlah bah. Angah pergi naik bas je dengan kawan. Kawan angah pun kena mengajar kat situ juga.” Jelas ku. Aku tak nak menyusahkan abah. Jauh juga perjalanan dari Selayang ni ke sana. Kata orang, dalam tujuh atau lapan jam juga. Aku dah banyak menyusahkan abah. Sekarang aku mahu berdikari sendiri dan aku mahu tunjuk dan buktikan pada abah yang anak gadisnya ini mampu untuk melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.

Banyak perkara yang terpaksa aku fikirkan. Terutamanya tentang keadaan tempat mengajarku nanti. Negeri yang tidak pernah kujejaki bakal menyambut kedatanganku sebagai musafir yang tidak tahu bila akan kembali ke tempat asalnya. Namun kupercaya bahawa ia pasti bangga menyambutku sebagai tetamunya.

“Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu. Nanti jangan lupa selalu hubungi ibu dan abah kat sini.” Pesan ibu sewaktu aku nak bertolak ke Kelantan. Keluarga menghantar aku ke Hentian Putra.

“Jangan lupa bawa balik ‘awe’ Kelantan tau!” Usik adik lelakiku. Adik aku seorang ni suka sangat menyakat aku. Kalau cakap dengannya, ada saja hal-hal yang membuatkan kami tidak bersependapat. Namun aku tahu, sejauh mana kasih sayang adikku itu terhadap aku.

“Jaga perangai elok-elok. Tunjukkan budi pekerti yang mulia, barulah semua orang sayang pada kita walau di mana sahaja kita berada.” Itu pesan terakhir abah sebelum aku melangkah menaiki bas.

Aku cium tangan abah dan kupeluk ibu. Semoga berkat doa restu mereka, aku bisa menghadapi dan mendepangi arus kehidupan ini. Kasih dan sayang mu abah dan ibu akan kubawa ke mana-mana sahaja selama mana kaki ini terus melangkah.

“Aah.” Aku menyeka air mata sewaktu melihat lambaian abah, ibu dan adik-adik tatkala bas yang kunaiki mula meninggalkan Perhentian Putra itu. Sedih juga aku untuk berpisah dengan mereka. Keluarga yang aku cukup bahagia dengan kasih sayang yang tercurah.

“Kita nak tinggal kat mana nanti?” Tanyaku pada Nadia, kawan yang senasib denganku.

“Tak payah risau. Pak long aku dah janji nak uruskannya untuk kita.” Nasib baik juga si Nadia tu ada bapa saudara kat sana. Kalau tak, macam manalah nasib kami nanti.

“Pagi nanti, dia yang akan datang jemput kita kat stesyen bas.” Sambung Nadia lagi. Lega hatiku bila mendengarnya. Risau juga aku kalau tak ada orang yang ambil nanti sebab kami akan sampai di Kota Bharu sebelum subuh. Pagi-pagi begitu kat manalah kami nak gagau. Aku pun tak terfikir akan dihantar mengajar di Kelantan tu.

Bas yang kami naiki tiba di stesyen bas Kota Bharu sewaktu azan subuh berkumandang dari menara Masjid Muhammadi, sebuah masjid yang tertua di negeri itu. Kedatangan ku ini disambut dengan laungan kalimah suci membesarkan Tuhan.

“Semoga ia menjadi suatu petanda yang baik buat ku.” Bisik hati kecilku. Bandar ini sudah mula bangkit dari lena manusia. Orang ramai yang baru tiba, berduyun-duyun menuju ke masjid yang berdekatan.

“Jom, pak long aku dah tunggu tu!” Ajakan Nadia itu membuatkan bicara hatiku terputus di tengah jalan.

Aku membuntuti langkahnya yang agak kalut sambil memikul sebuah beg pakaian. Aku hanya membawa barang-barang keperluanku sahaja, yang lain nanti boleh usahakan bila dah dapat tempat tinggal tetap. Aku harap, tempat tinggalku nanti tidaklah jauh sangat dari tempat aku mengajar kerana ia akan memudahkan aku untuk berulang-alik.

“Buat sementara waktu ni, Nadia dan Idah tinggal kat rumah pak long dulu. Lagi pun bukanlah jauh sangat sekolah tu dengan rumah pak long.” Pengkhabaran beginilah yang agak memberatkan hatiku. Selagi boleh, aku tak nak menyusahkan sesiapa. Aku lebih senang mempunyai rumah sendiri dari menumpang rumah orang lain. Apatah lagi tuan rumah yang kita tumpangi itu tidak mempunyai apa-apa pertalian pun dengan kita. Tapi apa boleh buat, terpaksalah aku bersabar buat seketika ini.

Di Kelantan, sekolahnya bermula pada hari Ahad. Cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari ni baru hari Jumaat, jadi lusa baru aku akan melaporkan diri di sekolah agama tu nanti. Aku pun masih terfikir-fikir tentang subjek apa yang akan ku ajar nanti. Risau juga aku takut-takut nanti subjek yang terlalu sukar untuk aku. Lagi pun aku manalah ada pengalaman menjadi guru ni. Ni boleh dikira bidang terjunlah.

Suasana pagi di Kampung Laut ini cukup tenang. Kampung yang berada di atas tebing Sungai Kelantan ini kedudukannya bersetentangan dengan Bandar Kota Bharu. Kita akan dapat melihat bandar itu dari tebing sungai Kampung Laut ini. Rumah bapa saudara Nadia ini agak besar juga. Boleh dikatakan kebanyakan rumah-rumah di kampung ini bertiang tinggi. Ini bagi mengelakkan daripada ditenggelami air apabila banjir melanda. Boleh dikatakan bapa saudaranya itu dari kalangan orang berada juga.

Aku agak kepenatan kerana perjalanan yang memakan masa tujuh jam semalam. Aku tidak sedar bila aku terlena di bilik rumah pak long Nadia tu selepas solat subuh tadi. Aku tersedar dari lena apabila telingaku disapa suara yang sayup-sayup kedengaran.

“Baru bangun tuan puteri?” Soal Nadia apabila melihat aku menggeliat kemalasan. Dia baru aje selesai mandi.

“Letih sangat naik bas semalam.” Alasanku. Segan juga aku bila memikirkan anak dara yang bangun tengah hari kat rumah orang ni. Nanti dikata orang anak dara pemalas pulak.

“Suara apa tu?” Soal aku pada Nadia.

“Itu suara orang memberi kuliyah pagi Jumaat di masjid. Kat sini, setiap hari Jumaat ada kuliyah agama di masjid.” Beritahu dia. Baru aku perasan yang rumah pak long Nadia ni tidaklah jauh sangat jaraknya dari masjid. Masjid utama Kampung Laut yang didirikan sebagai mengganti Masjid Lama Kampung Laut yang telah dipindahkan ke Nilam Puri.

“Kenapa?” Soal Nadia agak kehairanan bila memerhatikan aku sedang meneliti suara penceramah yang kedengaran melalui corong pembesar suara masjid itu.

“ Tak ada apa-apa. Saja tanya.” Sebenarnya suara itu telah mengingatkan aku pada seseorang. Orang yang tidak pernah ku tatapi dan tengok wajahnya. Namun aku mengenali suaranya. Suara yang suatu ketika dahulu selalu mengganggu kelancaran dan kelicahan kehidupan kampusku tetapi telah bertukar menjadi satu suara yang selalu kurindu dan ku tunggu-tunggu untuk mendengarnya.

“Helo! Boleh saya cakap dengan ustazah Faridah?” Tanya satu suara di hujung talian sana.

“Ustazah Faridah tak ada, tapi Faridah aje adalah!” Aku agak kehairanan kerana tak pernah seorang lelaki menelefon aku menanyakan nama Ustazah Faridah.

“Ah, samalah tu.” Jawab suara itu.

“Saya bukan ustazah, awak jangan nak memandai. Siapa awak ni?!” Geram rasanya apabila ada orang cuba untuk mempermainkan aku.

“Tak apalah ustazah. Nanti lain kali saya telefon lagi. Assalamualaikum….!” Talian dimatikan begitu sahaja tanpa sempat aku berbuat sesuatu.

“Aaagh…” Keluh hatiku. Geram. Ada orang cuba untuk mempermainkan aku dengan panggilan ‘ustazah’ tu. Pada hal aku tak layak langsung untuk memakai gelaranku. Dari segi pakaian ku yang lebih ku suka mengenakan seluar panjang atau jeans dipadankan dengan t-shirt lengan panjang dan skaf saja. Lagipun aku suka dengan gaya begitu yang membolehkan aku bergerak lincah. Takkan orang macam aku ni dipanggil ustazah. Tak padan langsung. Ni dah sah orang cuba untuk mempermain-mainkan aku.

Selang beberapa hari, suara itu menelefonku lagi. Boleh dikatakan semua gerak-geriku dia tahu. Semacam aku diperhatikan mata-mata gelap dari Bukit Aman la pulak. Dah puas aku tanya siapakah tuan empunya suara, namun banyak dalihnya yang membuatkan aku tidak pernah tahu siapakah dia. Banyak hal urusan peribadiku cuba dicampurinya. Dari perjalanan hidup harianku sehinggalah cara aku berurusan dan berpersatuan termasuklah cara aku berpakaian.

“Siapa awak yang nak cuba campuri urusan peribadi saya hah?!” Aku mula hilang kesabaran bila dah semakin melampau langkahnya itu. Namun dia masih mampu untuk bertenang dengan sikapku yang mula panas itu.

“Memang saya tahu siapa saya. Saya bukan abang apatah lagi suami ustazah. Tapi tak salah bukan kalau saya sebagai seorang sahabat cuba untuk menasihati dan memberikan pendapat?”

“Jangan panggil saya ustazah! Saya dah meluat dengan awak!”

“Saya tidak pernah memaksa ustazah memenuhi ataupun mengikuti nasihat dan pendapat saya. Pilihan keputusan terletak sepenuhnya di tangan ustazah. Saya tiada hak walaupun sedikit untuk menentukannya.” Dia tidak menghiraukan amaran dan kemarahanku itu. Dia tetap memanggilku ustazah.

“Ahh, pergi jahanam dengan ustazah awak tu!” Semburan kemarahanku itu membuatkan aku mematikan talian telefon bimbitku.

Selepas kejadian itu, aku tidak lagi menerima panggilan dari suara misteri itu. Sekurang-kurangnya aku berasa sedikit aman sehinggalah pada hari ulang tahun kelahiran ku yang ke 24. Satu bungkusan telah dikirimkan ke alamat rumahku di Selayang. Aku agak berdebar bila menerima hadiah yang tidak tercatat siapakah nama pengirimnya. Apabila kubuka balutan kotak hadiah itu, kudapati di dalamnya terdapat sepasang baju kurung bewarna krim, sehelai busana bewarna meron serta dua helai tudung labuh yang berwarna pink dan putih. Aku terkejut dengan hadiah itu. Terdapat dalamnya juga sekeping nota ringkas.

Assalamualaikum……

Selamat ulang tahun ke 24 buat Ustazah Faridah binti Mansur. Saya doakan semoga Allah memanjangkan usia ustazah dengan ketaatan ibadah serta memurahkan rezeki ustazah dengan yang halal. Amin…..

Pemanggil misteri.

Bagaimana dia boleh tahu tarikh lahir aku. Macam mana pula di memperolehi alamat rumahku ini. Orang ini memang gila agaknya. Aku membelek-belek baju dan tudung labuh yang dihadiahkannya kepadaku itu.

“Cantik juga. Macam dia tahu pulak tentang warna kesukaan ku.” Bisik hati ku. Tapi macam mana aku nak memakainya. Baju kurung tu tak kisahlah sebab aku biasa juga memakainya. Tapi bagaimana dengan busana dan tudung labuh ni? Nanti apa kata keluarga dan kawan-kawanku. Aah..kacau-kacau.

“Aii.. termenung je! Terkenangkan orang jauhke?” Usikan mak cik Gayah, mak long Nadia itu membuatkan lamunanku terganggu.

“Takdelah makcik.”

“Sambil masak pun boleh termenung, nanti gulai yang kat atas dapur tu boleh hangit tau.” Sampuk Nadia pula.

“Mana ada, kamu ni Nadia kalau tak sakat aku tak senang duduk kot.” Mak cik Gayah dan Nadia tersengih mendengar jawapanku itu.

Malam itu kami semua berjemaah di masjid. Kata mak cik Gayah, malam ni ada ustaz jemputan yang akan memberikan ceramah tentang Maulidur Rasul. Kami agak terlewat ke masjid kerana sibuk di dapur. Jadi terpaksalah kami memenuhi saf belakang. Agak ramai juga kaum wanita yang datang ke masjid malam ni. Aku bertakbir ratul ihram pun sewaktu imam dah mula baca surah fatihah. Sekali lagi aku terpana bila mendengar suara imam membacakan fatihah. Aku rasa seperti pernah mendengar suara itu tapi di mana yak? Aku bertakbir menjadi makmumnya. Terlalu asyik mendengar bacaan imam. Alunannya yang mengikut lagu yang biasa dibacakan oleh Saad al-Ghamidi dan Sudais. Aku rasakan bahawa solat maghribku malam itu terlalu pendek dan cepat.

Semasa ceramah maulidur rasul, aku tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kerana suara penceramah itu benar-benar mengganggu ingatanku.

“Ustazah nampak sopan bila berbaju kurung begitu dan lebih bersopan lagi jika berbusana. Jangan hiraukan apa yang orang kata, tapi ambil hirau tentang apa yang Tuhan kata”. Aku terima mesej itu melalui telefon bimbitku. Memang ku tahu siapa pengirimnya. Hari itu tiba-tiba saja aku terlintas untuk memakai baju kurung yang dihadiahkan pemanggil misteri itu sewaktu aku menghadiri kuliyah. *****a tudung labuh je yang ku ganti dengan skaf biasa. Agak kekok juga sebab dah lama aku tak pakai baju kurung. Itu pun ramai kawan yang tengok pelik saja pada aku. Pelbagai soalan yang mereka Tanya, tapi aku buat tak tahu saja. Malas nak layan. Apa salah baju tu, lagi pun orang yang bagi bukannya aku yang beli.

“Saya harap ustazah pakai begitu bukan kerana saya, tapi ikhlas kerana Allah.” Suara itu mengingatkan aku.

“Awak ingat awak tu siapa? Saya pakai tu kerana saya nak pakailah, tak ada kaitan langsung pun dengan awak.” Tegas aku pada dia.

“Baguslah macam tu. Saya harap ustazah akan terus begini.” Itulah suaranya yang terakhir aku dengar. Selepas itu aku tidak lagi menerima sebarang panggilan misteri seperti itu sehinggalah sekarang. *****a kadang-kadang sahaja aku menerima surat atapun bungkusan yang tidak tercatat nama pengirim dan alamatnya. Dan aku pasti, itu adalah ‘dia’. Ke mana sahaja aku pergi, pasti dia tahu. Seperti dia sentiasa mengekori dan memerhatikan aku.

Sebelum aku bertolak ke Kelantan pun aku ada menerima satu bungkusan yang bersetemkan luar negeri. Di dalamnya aku dapati terdapat dua buah buku yang bertajuk Fitnah Wanita dan Bakal Wanita Syurga. Juga terdapat sekeping nota ringkas bersama bungkusan itu.

Assalamualaikum…..

Di harapkan ustazah sudi menerima hadiah dari saya ini sebagai ucapan tahniah saya kerana ustazah telah terpilih untuk menjadi guru sandaran. Semoga ada manfaatnya buku ini kepada ustazah.

Pemanggil misteri.

Aku tidak lagi menaruh sebarang kebencian kepada pemanggil itu. Sebarang hadiah atau pemberian darinya aku terima dengan rela hati. Sekurang-kurangnya aku tidak payah membeli untuk itu. Teringin juga aku untuk bertemu dan mengenali siapakah sebenarnya ‘pemanggil misteri’ itu. Misteri sangatkah dia sampai dia tidak mahu memperkenalkan dirinya kepadaku? Namun aku sangat berharap agar suatu hari nanti aku akan menemuinya.

“Masa kat masjid lagi mak cik lihat Idah asyik termenung. Kenapa ni?” Tanya orang tua itu sewaktu kami berjalan pulang dari masjid

“Tak ada apa-apa la mak cik. Badan ni yang masih penat lagi ni.” Alasanku padanya.

“Yealah tu. Macamlah aku tak tahu. Nak sorok kat siapa hah?!” Nadia mula nak buka ‘gelanggang’ denganku.

“Kalau ada pun, aku ingat kat famili aku ajelah.” Seboleh-bolehnya aku tidak mahu orang lain tahu keadaan sebenarnya.

“Abih tu si pemanggil misteri tu siapa?” Rupa-rupanya Nadia sudah mengetahui tentang hal itu. Tapi dari mana dia tahu? Aku rasa, aku tidak pernah memberitahu sesiapa pun tentang ‘pemanggil misteri’ itu.

Semenjak aku menjawat jawatan guru sandaran ni, jadual harianku telah berubah. Banyak perkara yang perlu aku lakukan sebagai persediaan untuk mengajar. Aku tak sangka apabila telah diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah untuk mengajar subjek Tasawur Islam untuk tingkatan 4 dan Pendidikan Islam untuk tingkatan 3. Pada mulanya aku minta ditukar untuk mata pelajaran lain tapi aku tidak ada pilihan lain. Maka aku terpaksa menerima panggilan ‘ustazah’ itu. Ah kenapa ini boleh berlaku. Sebelum ini, panggilan itu agak terlalu janggal untuk aku. Tapi setelah beberapa lama aku mengajar, aku sudah lali dan mungkin boleh juga dikatakan agak serasi denganku.

Namun aku terpaksa melakukan banyak perubahan terhadap penampilan dan peribadiku agar ia benar-benar secocok dengan panggilan itu. Aku tidak lagi selincah di kampus dulu. Keadaan berpakaian pun sudah berubah. Seluar, jeans dan t-shirt hanya kat rumah dan apabila bersama keluarga sahaja. Keluar aje dari rumah, aku akan mengenakan baju kurung ataupun busana. Skaf telah ku ganti dengan tudung. Pada mulanya aku agak rimas berpakaian begitu, namun keadaan yang telah memaksa aku untuk berbuat demikian. Aku benar-benar berubah. Aku bukan lagi seperti Faridah yang dikenali sewaktu di kampus dulu. Oleh itu ramai teman-teman rapatku yang agak terkejut dengan perubahanku ini. Tidak kurang pula yang bersyukur pada Tuhan kerana telah membukakan pintu hidayahnya kepadaku. Aku juga telah memaklumkan pada keluargaku, mereka tidak membantah. Malah mereka juga turut bersyukur. *****a mereka harap aku melakukannnya atas dasar kesedaran dan keikhlasan serta istiqamah kerana Tuhan. Bukannya sekadar hangat-hangat tahi kerbau. Di antara orang yang paling gembira dengan perubahanku itu ialah ‘pemanggil misteri’ itu. Alhamdulillah, kini hatiku telah benar2 terbuka untuk mengubah menampilanku. Aku bukan lagi seorang muslimah yang menutup aurah hanya semata-mata untuk dipertontonkan kepada masyarakat. Aku menutup aurah hanya semata-mata kerana Allah..

“Syukur dan syabas saya ucapkan kerana ustazah telah berubah.” Ucapnya melalui telefon setelah sekian lama dia tidak menghubungiku melalui telefon.

“Terima kasih saya ucapkan pada awak kerana telah banyak mengubah peribadi saya.” Ucapku ikhlas.

“Itu tugas saya sebagai seorang sahabat.”

“Tapi bilakah saya dapat mengenali siapakah awak yang sebenarnya?” Aku sememang dah tidak sabar untuk mengetahui siapakah dirinya yang sebenar.

“InsyaAllah, bila sampai ketentuanNya nanti tetap ustazah akan tahu juga siapa saya.” Itulah jawapan yang selalu aku perolehi darinya apabila soalan demikian aku kemukakan.

“Dah lama awak tak hubungi saya, ke mana awak pergi?” Tanyaku.

“Saya keluar negeri, sambung pengajian.” Patutlah surat dan bungkusan darinya dulu bersetemkan setem Australia.

Itulah pertama kali aku dengar suaranya setelah kira-kira lebih dua tahun dia tidak menelefonku. Hanya surat yang menjadi perantaraan. Itupun suratnya untuk aku sahaja. Aku pula tidak pernah mengirimkan sepucuk surat pun kepadanya kerana aku tidak tahu kepada siapa patut aku tujukan dan alamatnya pun entah di mana. Dia tidak pernah memberikannya kepadaku.

Malam itu, ibu ada menelefonku. Dia tanya sama ada aku balik atau tidak pada cuti tahun baru cina nanti. Aku kata, kalau ikutkan perancanganku memang nak balik. Tapi tak tahulah kot-kot ada hal pulak nanti.

“Kenapa?” Soalku pada ibu.

“Ada orang nak datang tengok angah.” Jawapan ringkas ibu itu telah cukup untuk membuatkan aku terkejut besar. Aku memang tak sangka. Jantung ku berdegup kencang.

“Angah belum bersedia lagi untuk berumah tangga bu.” Aku masih mahu bebas dari ikatan itu.

“Ibu tak paksa angah untuk terima, tapi baliklah dulu. Kita tengok, lepas itu angah yang buat keputusannya nanti. Ibu dan abah terima je.” Pujuk ibu. Terasa sedikit kekuatan dengan jaminan yang diberikan ibu itu. Kalau boleh, aku ingin menentukan sendiri pasangan hidupku tanpa sebarang paksaan dari kedua orang tuaku.

Semenjak dari pengkhabaran ibu itu, aku begitu berdebar untuk menunggu cuti tahun baru cina yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Aku lebih banyak termenung memikirkan hal itu. Setiap kali aku balik dari mengajar ke rumah sewa aku di Kampung Kota Kubang Labu, aku lebih suka bersendirian dalam bilik. Nadia merasa pelik dengan perubahan mendadak ku itu. Aku menceritakan sebabnya kepada Nadia.

“Bersabarlah. Apa nak dirisaukan, ibu engkau dah beri jaminan bahawa dia tak memaksa. Jadi pilihannya di tangan engkau sendiri.” Nasihat Nadia.

“Aku risau sebab aku takut untuk mengingkari harapan mereka.”

Mulai hari itu juga, aku memohon petunjuk Allah dalam menentukan dan memberikan kekuatan kepadaku.

Ya Allah, sekiranya Engkau telah menentukan jodohku, maka aku harap Engkau mengurniakan aku seorang suami yang soleh. Mampu membimbing aku dan bakal zuriat yang akan lahir dari rahimku ini.

Ya Allah, bantulah aku dalam menentukan perkara ini. Janganlah Engkau biarkan diriku sendiri menentukan perjalanan hidupku walau hanya sekelip mata. Aku memohon dariMu kebaikan yang berpanjangan dan bahagia yang berkekalan.

Kepulanganku ke rumah di Selayang disambut gembira dengan seisi keluarga. Semuanya berkumpul, tambah-tambah lagi kerana cuti tahun baru cina. Lagipun mereka semua ingin tahu siapakah gerangan yang mahu datang itu. Abang long, abang chik semua balik. Kakak ipar dan anak buah juga tidak ketinggalan untuk turut serta.

“Tak lama lagi, Man dapat abang iparlah. Ibu kan!” Itu suara adikku si Rahman.

“Ish kamu ni Man. Tak boleh ke kalau tak usik angah tu.” Ibu cuba membelaku. Aku hanya melayan perasaan. Perasaanku berbelah bagi. Entah apa keputusan yang akan kuberikan kepada abah dan ibu nanti.

“Ibu tak memaksa angah untuk menerimanya. Angah yang akan menentukannya sendiri.” Ibu mengulangi jaminannya padaku sewaktu dia melihatku murung.

“Along terima siapa sahaja yang menjadi pilihan angah untuk jadi suami. Suami angah adalah adik ipar along juga.” Kata along sambil menepuk-nepuk bahuku.

“Acik pun macam tu juga. Kami nak tengok angah bahagia. Itu sudah memadai bagi kami.” Sokong Acik pula. Sekarang aku benar-benar yakin bahawa aku memiliki sepenuh kuasa untuk menentukannya. Semua keluarga menyokong aku. Sekurang-kurangnya ia membuatkan aku berasa lega.

Semua ahli keluargaku sibuk untuk menyediakan jamuan keluarga sempena kedatangan tetamu yang begitu mendebarkan hatiku itu. Mengikut kata ibu, mereka akan datang lepas maghrib dan akan makan malam bersama-sama keluargaku.

Apabila masuk waktu maghrib, semua ahli keluargaku berjemaah di rumah. Abah yang jadi imam dan along yang jadi bilal. *****a aku je yang terkecuali sebab uzur. Jadi kenalah aku tengok-tengokkan Ain, anak saudaraku yang baru berumur 9 bulan. Makin tak keruan aje rasanya jiwa ini. Tapi bila memikirkan yang semua ahli keluarga menyebelahiku, aku rasa bersemangat. Aku begitu gembira bila berpeluang untuk berkumpul dengan seluruh ahli keluargaku ini. Aku sangat bangga mempunyai keluarga yang sebahagia ini. Dan doaku semoga keluarga yang akan kubina nanti sekurang-kurangnya akan menjadi seperti keluargaku ini.

Sewaktu, azan Isyak berkumandang dari Masjid Selayang kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Aku bangkit bergegas ke bilikku. Aku malu, takut dan segan. Semua jenis perasaan mula berkumpul di hati ini. Badanku terasa seram sejuk dan panas serta-merta. Aku tak tahu apa yang mereka kat luar tu bincangkan. *****a terdengar suara hilai ketawa sahaja. Selang beberapa minit, aku terdengar suara orang bertakbir.

“Seperti suara yang pernah kudengar.” Bisik hatiku sendirian. Kemudian, diikuti dengan bacaan surah al-Fatihah yang dialunkan mengikut bacaan Saad al-Ghamidi.

“Ya Allah! Siapakah dia?” Hatiku semakin kuat tertanya-tanya siapakah sebenarnya empunya suara. Seperti suatu suara yang selalu kudengar. Seperti suara yang sering menasihatiku itu.

“Ya Allah! Aku bermohon kepadaMu dengan kebaikan. Kurniakanlah aku suatu kurniaan di sisiMu yang boleh membahagiakan seluruh kehidupanku. Tetapkanlah kasih sayang di hati ini agar tidak goyah dalam mengharungi arus deras ini.”

“Ya Allah! Kiranya dia adalah utusan dan ketentuanMu buatku, aku harap Engkau permudahkanlah dan bukakanlah hatiku ini untuk menerimanya dengan ikhlas. Jika ia ditakdirkan bukan milikku, maka jauhkanlah hatiku darinya. Hilangkanlah bayangan wajahnya dari tatapan dan pandanganku agar hatiku bisa tabah menerimanya.”

“Ya Allah! Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanMu buatku. Amin….”

Ketukan pintu bilikku membuatkan aku terkejut. Ibu masuk merapatiku.

“Marilah keluar! Mereka mahu kenal angah.” Bisik ibu perlahan. Aku merenung ibu dengan pandangan yang berkaca-kaca. Ibu mengangguk lembut, terseyum memandangku sambil jari telunjuknya mengesat air mataku yang mengalir perlahan.

“Sudahlah. Ibu ada bersama angah. Usah takut.” Pujuk ibu lagi. Aku bangun perlahan seperti tidak bermaya. Mengenakan jubah yang baru siap aku tempah dan tudung labuh bewarna pink. Inilah kali pertama aku mengenakan jubah. Aku lap mukaku dengan tisu untuk menghilangkan sisa-sisa air mata.

Aku memandang ibu. Ibu mengangguk dan memimpin tanganku keluar untuk menemui tetamu yang mungkin istimewa. Aku menundukkan mukaku. Tidak berani untuk melihat siapakah tetamu itu.

Ibu memimpin aku ke ruang tempat kami sentiasa solat. Rupa-rupanya mereka semua menunggu aku di situ. Aku duduk bersimpuh di sisi ibu dan diapit oleh kak long serta kak chik. Tetamu itu duduk bersetentangan denganku. Pada agakkanku, dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku tidak berani untuk mengangkat mukaku untuk memandangnya.

“Pak cik! Izinkan saya untuk bercakap dengan Faridah sekejap.” Tetamu itu memohon keizinan dari abah.

“Silakan.” Keizinan yang diberikan abah itu membuatkan aku berdebar-debar. Tetamu itu merapatiku dan kini dia betul-betul bersila di hadapanku. Aku dapat mendengar bunyi nafasnya dan dapat menciumi bau minyak athar yang dipakainya.

“Ya Allah! Tenangkanlah hatiku dan tolonglah aku di saat ini. Ya Allah, aku benar-benar bermohon kepadamu.” Doa hatiku.

“Ustazah Faridah! Jika ini dinamakan takdir, maka telah tiba masanya ustazah mengenali saya.” Betulkah suara itu yang aku dengar. Aku belum mampu untuk memandang wajahnya. Tapi suara itu membuatkan hatiku bergetar.

“Dulu saya bukanlah abang apatah lagi suami ustazah, tapi sekarang saya datang untuk mengambil ustazah sebagai suri hidup saya.”

“Ya Allah! Benarkah seperti apa yang aku dengar sekarang ini? Ini benar-benar suara dia. Aku yakin, memang inilah suara dia.” Bisik hatiku.

‘Sudikah ustazah membukakan pintu hati ustazah untuk menerima cinta dan kasih sayang saya kerana Allah?” Soalnya perlahan.

Perlahan-lahan aku mendongak mukaku dan pandangan kami bertembung.

“Haikal!” Bisikku perlahan. Dia tersenyum memandangku. Air mataku mula mengalir.

“Ya Allah! Benarlah janjimu terhadapku. Aku menerima kurniaanmu ini dengan penuh redhaku.”

Aku berpaling pada ibu. Ibu memandangku dengan penuh kasih sayang. Aku memeluknya erat.

“Ibu, angah dah bersedia untuk jadi seorang isteri bu!” Bisikku perlahan. Ibu memelukku erat tanda akur dengan kehendak dan keputusanku.

Permalink Leave a Comment

ADAB MINUM

February 2, 2007 at 3:01 am (tazkirah)

Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu
yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku
tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan
meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku
bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Surah Al-Ahqaaf, Ayat: 15).

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air
sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga
suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka
minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: ” Diantara banyak-banyak jenis
minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk”

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran
madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut ” Ya Allah kurniakanlah aku
dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak
dan cintaku kepada air sejuk”

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai
khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk
penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu
menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan

2. Bacalah ” Bismillah”

3. Minum dengan tiga nafas

4. Minum dalam keadaan duduk

5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan
pernafasan ketempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah
Alhamdullilah

7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil
berdiri

8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis
menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat
untuk penyakit

9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun
setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Permalink Leave a Comment

Petua kempiskan perut

February 2, 2007 at 2:42 am (petua kecantikan)

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang
diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS…sekiranya buncit ada anak….mintak maaflah…

Permalink 19 Comments

Mengatasi kelemumur

February 2, 2007 at 2:33 am (petua kecantikan)

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga
mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau
nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan
seminggu sekali.

Permalink 2 Comments

kisah seram si pemancing

February 2, 2007 at 2:19 am (lawak)

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..

Permalink 27 Comments

AhMaD NiZa

January 31, 2007 at 9:05 am (cerpen)

“Hai!”
Aku menoleh. Eh, student baru ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Memang sah. Dia tegur aku.
“Saya panggil awak. Awak tengok siapa?”
Aku tersengih. Segan ditegur begitu.
“Tak nak pelawa saya makan?”
Aku menghulurkan sandwich yang kubekal tadi. Tak malunya budak ni.
Ada pulak minta makan kat aku.
“Nama siapa?”
“Sama macam nama awak
“Ahmad Niza?”
“Niza aje. Ahmad tak ada.” Aku perempuan la. Apa plak ada Ahmad. Lelaki itu terus memandang aku tidak berkelip-kelip.
“Masa cikgu announce nama awak tadi, saya terkejut juga.”
Ahmad Niza hanya tersenyum.
“Baguslah tu. Mesti ada specialnya kalau kita jadi kawan baik.”
Kawan baik? Heh, gila apa si mamat ni agaknya. Tak boleh ke dia cari perempuan yang cun sikit dari aku.
” Cammana first day hari ni?”
“Okay.”
Ahmad Niza terus merenungku. Rimas aku dipandang begitu. Aku bukannya lawa sangat sampai dia perlu melihat aku begitu sekali. Sudahlah tak lawa, tak pandai bergaya, tembam pulak tu. Sikit lagi dah boleh masuk kategori gemuk.
*******************************************************************************
Aku semakin akrab dengan Ahmad Niza. Kami berdua rajin buat discussion sama-sama. Ramai juga awek kat sekolah tu yang jeles ngan keakraban kitorang. Tapi aku tak kisah pun kalau si Ahmad Niza tu plan nak dating ngan sesapa. Sebelum ni dia ada jugak keluar dengan beberapa awek kat sekolah ni. Tapi nampaknya semua dia tak berkenan. Cuma dengan Suraya aje dia rapat sket. Bebudak sekolah kata dia couple. Entah le aku tak nampak macam tu pun. Eh, jeles ke aku?
“Petang ni kau free?”
“Free. Apsal?”
Aku memandang ke muka Ahmad Niza. Dia nak ajak study lagi ke? Kuat betul study mamat sekor ni. Naik cramp kepala otak aku dibuatnya.
“Kita gi nengok wayang,”
Mataku terbeliak. Gila apa dia ni.
“Aku dah ajak Su. Tapi bila aku kata cerita Matrix, dia kata tak best. Dia ajak tengok cite Maid In Manhattan. Masalahnya aku dah beli dah tiketnya.”
Oh, Su tak nak rupanya. Patut la dia ajak aku. Aku sedar. Aku bukan first choice dia. Suraya dah reject, baru nak ajak aku. Tak pelah, aku peduli apa. Janji dapat tengok wayang free.

********************************************************************************

Best gila cerita tu. Aku rasa macam nak tengok lagi. Si Ahmad Niza tu pun nampak puas hati dengan jalan cerita dia.
“Makan jom.”
Aku menurut. Aku memilih makanan yang bersesuaian lalu membayarnya di kaunter.
“Eh, aku belanja.” Cepat saja Ahmad Niza menghulurkan duitnya.
“Tak payah la belanja aku. Engkau pun belajar lagi. Dah kerja lainlah.”
Aku segera menolak tangannya lalu menyerahkan not sepuluh ringgit kepada juruwang di hadapan aku.
Selesai makan, Ahmad Niza membawa aku ke supermarket pula.
Ada ke dia suruh aku pilih baju apa yang aku nak? Aku mana biasa minta orang belanja macam ni.
“Ambik la sepasang Niza. Ni la first time aku keluar dengan kau selama kita berkawan.”
Ahmad Niza terus mendesak tetapi beriya-iya aku menolak. Akhirnya Ahmad Niza mengalah.
“Lepas ni nak ke mana?”
“Baliklah”
Ahmad Niza tersenyum mendengar permintaan aku. Apa hal la dia senyum pula. Best ke bila dengar aku kata nak balik.
“Alang-alang dah keluar, jomlah kita jalan-jalan.”
Oh, agaknya dia tersenyum sebab aku nak balik awal sangat. Aku melihat jam di tangan. Baru 3.30 petang. Tapi rasa macam tak selesa pula bila berjalan dengan Ahmad Niza ni lama-lama. Suraya tahu ke tidak?
“Oklah, jom kita balik.”
Ahmad Niza terpaksa menuruti permintaanku akhirnya. Dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan Suraya dan teman sekelasnya yang lain.
Wajah Suraya merah padam. Dia datang mengahampiri aku.
Panggg!
Satu tamparan hinggap di mukaku. Rasa malu yang amat sangat. Apatah lagi bila aku ditampar di hadapan Ahmad Niza, teman-teman Suraya dan orang ramai!
“Gemuk!
Ada hati nak rampas boyfriend orang. Cerminlah diri tu sikit. Dah la tak lawa. Gemuk pulak tu.”
Suraya terus mengutuk-ngutuk fizikal aku yang tidak sempurna ini. Aku hampir menangis. Aku berlari meninggalkan Ahmad Niza dan Suraya yang bertelagah disebabkan aku.

******************************************************************************
Aku menghadapi SPM dengan tenang. Sejak peristiwa itu, aku dah tak berbual dengan Ahmad Niza lagi. Ahmad Niza tak putus-putus memujuk aku dan meminta maaf tapi aku buat dek aje. Aku dapat tawaran belajar di UiTM. Aku pergi tanpa beritahu Ahmad Niza. Aku tak kisah. Aku dah biasa hidup tanpa kawan rapat. Kat sekolah dulu pun, aku kawan gitu-gitu ajelah. Tak boleh nak join perempuan-perempuan yang kaki melawa atau terlalu kuat belajar. Posisi aku di tengah-tengah. Itu yang payah tu.

********************************************************************************

“Niza! Sepupu engkau datang,”
Nancy memekik memanggil namaku dari tingkat bawah. Siapa pula sepupu aku yang rajin buat surprise ni?
“Hai.”
Aku terlopong. Ahmad Niza! Apa dia buat kat sini?
“Mana tahu aku kat sini?”
Aku memang terkejut melihat dia.
” Aku ada mulut. Aku tanya oranglah.”
Hm, mamalah yang beritahu ni. Siapa lagi? Tak pun papa.
“Bila masa jadi sepupu aku?”
Ahmad Niza tersengih. Pandai-pandai ngaku jadi sepupu aku. Getat kepala kang baru tau.
“Kalau aku cakap Ahmad Niza, engkau tak turun pula.”
Hm, pandai dia nak cari jalan jumpa aku. Sebenarnya bukan aku marah dia menyamar diri. Tapi aku selekeh gila sekarang ni dengan kain batik, rambut sikat ala kadar. Kalau aku tau dia tadi, boleh aku pakai lawa-lawa, ikat rambut elok-elok, sembur perfume sket. Cewah!
“Kurus engkau sekarang.”
“Kenalah kurus, nanti orang kata cermin diri tu dulu sebelum nak berjalan dengan orang-orang yang hensem macam engkau.”
Aku melihat wajah Ahmad Niza berubah bila aku bercakap begitu.
“Suraya tu yang perasan lawa.” Ahmad Niza kelihatan marah.
“Itulah, kita tak sesuai jadi kawan baik. Tak sepadan. Dari dulu lagi aku rasa tak best bila jalan dengan engkau. Tapi, engkau confidentkan aku cakap tak pe, tak pe. Since engkau humble walaupun anak orang kaya. Aku lama-lama rasa senang jadi member engkau walaupun tak selesa sebab rasa macam handsome and the beast.”
Ahmad Niza tersengih kecil.
“Nak tahu kenapa aku suka sangat nak kawan dengan kau masa aku mula-mula sampai sekolah dulu?”
Entah mana la aku tau. Aku terus menanti bicara seterusnya.
“Sebab fizikal dan rupa engkau sebiji macam cousin aku.”
“Oh, ye ke? “Dia kat mana skang?”
Aku nak juga tahu. Mana tahu, kalau ada kesempatan, boleh berkenalan.
“Dia dah meninggal.”
Aku terkejut.” Kenapa?”
“Mati lemas. Dia selamatkan aku. Kami mandi di sungai. Air deras. Aku dengan dia hanyut. Tapi, dia dapat sambar kayu. Aku terlepas. Dia berlari berenang ke arah aku. Tarik aku sampai aku dapat paut kayu tu. Tapi pautan dia pula terlepas. Aku nak kejar dia. Tapi dia tak benarkan. Depan mata aku dia meninggal. Aku terus fobia dengan sungai lepas tu.”
Aku terdiam. Kini baru aku faham kenapa dia begitu baik dengan aku.
“Ayah dengan ibu terkejut bila tengok gambar engkau. Dia minta aku ajak engkau ke rumah bila-bila masa. Tapi, masa tu kita tengah perang dingin. Aku tak berani nak offer engkau masa tu”
Aku menganggukkan kepala.
“Engkau buat apa skang?”
“Baru balik
UK. Tu la dah hampir 4 tahun tak jumpa. Engkau dah tak lama kat sini
kan?”
“Next week dah final. Lepas exam la baru aku ke rumah engkau.”
“Tak boleh kot sebab aku satu family nak pindah ke
Adelaide. Ayah ada projek kat
sana untuk tempoh setahun dua ni.”
“Bila?”
“Lusa. Sebab tu aku cari peluang nak jumpa engkau. Dah tiga kali aku datang tapi baru ni engkau ada.”
Oh, dua kali sebelum ni, dia la yang cari aku. Aku pun heran jugak ada orang mengaku sepupu yang beriya-iya datang nak jumpa aku. Rupa-rupanya dia la orangnya!
” Eh, Suraya macam mana?” Masih dengan Suraya lagikah?
” Perempuan cantik, tak semestinya perfect.”
Apa maksudnya?
“Mungkin orang kata Suraya tu cantik dan sesuai dengan aku. Tapi, dia banyak kerenah, kaki kikis. Lepas engkau tak nak cakap dengan aku, aku betul-betul rasa lonely. Masa tu baru aku tau siapa special girl aku. Bukan Suraya, tapi engkau!”
Hampir terbeliak mataku mendengarnya. Buta apa dia ni. Perempuan serabai macam aku yang dia suka.
“Engkau la satu-satunya perempuan yang tak mengabihkan duit aku bila kita sama-sama keluar. Aku memang suka dengan sikap engkau Niza. Bagi aku fizikal tu tak penting kalau hati aku dah suka.”
Eh, biar betul si Ahmad Niza ni. Dia suka aku ke? Bestnya!
“Ni ambil ni.”
Ahmad Niza menghadiahkan sebatang pen berjenama mahal miliknya untukku.
“Ini harta yang paling aku sayang dan aku nak kau simpan. Aku akan balik dua tahun lagi untuk jumpa engkau. Kalau dalam tempoh dua tahun tu kau dah jumpa somebody, hantarlah pen ni pada aku balik.”
Kenapa dia cakap macam ni. Dia ni suka aku ke tak? Cakap separuh-separuh. Manalah aku faham.
“Aku nak something dari kau yang akan aku pulangkan kalau aku dan jumpa somebody di
sana.”
Aku memandang ke seluruh badanku. Apa aku nak bagi? Takkanlah kain batik ni? Nak mampus? Aku melihat cincin di jari manisku. Cincin milik mama hadiah ulangtahun perkahwinan dari papa. Hm, bolehlah. Ini kira berharga ni.
” Cincin ni.”
Aku hulurkan padanya. Ahmad Niza menyarungkan cincin tersebut di jari kelingkingnya.
“Jumpa lagi ya!”
********************************************************************************

Hanya tinggal beberapa minggu lagi sebelum Ahmad Niza dan keluarganya pulang ke tanah air. Aku terus menghitung hari. Pen milik Ahmad Niza kubelek berkali-kali.
Setelah tamat belajar, aku terus sahaja diterima untuk bekerja. Menara Kembar Petronas! Bukan sahaja kebanggaan negara, malahan juga tempat untuk aku mencari rezeki. Berdasarkan prestasi kerja yang cemerlang aku cepat dinaikkan pangkat. Aku tidak lagi selekeh seperti dahulu. Bekerja di tempat baru ini mendedahkan aku kepada dunia fesyen terkini. Aku semakin yakin dengan penampilan diriku hari demi hari. Elegan tetapi masih ketimuran. Teman-teman lelaki di pejabat memanggil aku Posh Spice sebab mereka kata aku pandai bergaya. Heh, lantak dioranglah. Kalau dia jumpa aku zaman aku belajar dulu. Maunya diorang pengsan!
“Niza, ada bungkusan untuk Niza?”
Bungkusan? Hatiku terus berdebar.
Adelaide? Tentunya dari Ahmad Niza.
Seperti dijangka, meskipun bukan itu yang aku mahukan. Ahmad Niza mengirim sekotak cincin! Aku terus berlari ke bilik. Menyembamkan wajah ke bantal lalu menangis

*****************************************************************************
Menerusi emel, tempat kami selalu berinteraksi Ahmad Niza meminta aku menantinya di lapangan terbang. Kepala otak dia. Dahlah dia sakitkan hati aku. Aku tak kuasa nak tunggu.
Malam itu setelah pulang dari
Adelaide, berkali-kali Ahmad Niza menghubungi aku. Mungkin kerana tidak sabar memujukku di telefon, Ahmad Niza nekad datang ke rumah.
“Niza!”
Mama panggil. Ah, malasnya nak buka pintu. Dah la aku nampak kemunculan Ahmad Niza di hadapan pintu pagar tadi ketika aku mengintai kereta siapa yang berada di hadapan rumahku.
Tuk! Tuk! Tuk!
Ish, mama ni ketuk pintu pula. Terpaksalah aku buka.
“Niza.”
Ahmad Niza! Apasallah mama pergi beritahu bilik aku kat sini.
“Kenapa tak datang jemput?”
Ahmad Niza menunjukkan wajah sedihnya. Merajuk konon. Lantak le.
“Entah!”
Ok ke jawapan aku tu? Ah, biarlah dia.
“Nah, pen awak.” Aku serahkan pen itu kepadanya. Ahmad Niza terpinga-pinga.
“You dah ada boyfriend ke?”
Eleh, buat-buat terkejut pula. Dia tu dah ada orang lain. Buat sandiwara ke apa budak Ahmad Niza ni.
“Dah awak pulangkan barang saya, saya pulanglah barang awak balik.”
Aku terus marah dengan sikapnya itu.
“Mana ada?”
Ish, geram betul aku kat mamat sekor ni. Aku terus mengambil kotak cincin pemberiannya. Yang herannya Ahmad Niza terus tertawa terbahak-bahak. Gila ke dia ni? Tensen aku.
“Dah tengok ke cincinnya?”
“Tak. Nak buat apa tengok? Dah orang pulangkan balik cincin kita.”
Ahmad Niza terus menggenggam tanganku. Aku terpempan. Ish, romantik pula dia ni. Tak tentu arah perasaan aku dibuatnya.
“Tengoklah.”
Akhirnya aku membuka kotak itu. Terdapat kad kecil di dalamnya tertulis, ‘sayang, will you marry me?’ . Aku rasa macam nak pengsan. Aku terus memandang ke tangan Ahmad Niza. Cincin aku masih berada di tangan kanannya.
“Cincin ni saya hantar sebab tak sabar nak propose awak.” Ahmad Niza terus tersenyum. Aku malu sendiri. Rasa macam nak melompat keluar dari tingkap rumah pun ada.
********************************************************************************

Majlis persandingan kami dilangsungkan di hotel penuh meriah. Ahmad Niza menyediakan jamuan untuk tiga sesi. Untuk saudara mara sebelah dia, sebelah aku dan akhir sekali teman-teman seperjuangan kami.
“Niza aku minta maaf kutuk engkau gemuk dulu.”
Aku memeluk tubuh Suraya. Aku dah lama maafkan. Aku sedar siapa aku waktu tu. Aku terus melihat Suraya, suami dan 3 orang anaknya melangkah meninggalkan kami berdua.
“Ish, gemuknya Su sekarang. Tiga kali ganda gemuk dari you dulu.”
Aku menekup mulut Ahmad Niza. Amboi, bukan main lagi ngutuk orang. Nasib baiklah tidak ada yang mendengar. Itulah Suraya, dulu engkaulah paling cun. Tapi, itulah. Kuasa Tuhan bila-bila masa Dia boleh pusing balik keadaan. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Ahmad Niza terus memeluk bahuku dengan erat. Aku amat bahagia di sisinya….

TAMAT..

Permalink 1 Comment

hello there!!

January 31, 2007 at 8:53 am (cerpen)

hi….this is my first entry…actually, saya memang suker baca novel dan saya memang mengumpul novel2 yang best.  im just want to share my obsession to all.  start from now…insyaAllah saya akan muatkan cerpen2 yang saya kumpul dari sumber2 lain yang ada dlam library saya untuk tatapan umum…have a joy!!!!

Permalink 3 Comments

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.